Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Tahan, YB Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin.

PEMUDA PAS PAHANG SIFATKAN BELANJAWAN 2021 BERI MANFAAT UNTUK SEMUA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di atas pembentangan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ yang sangat bermakna dan saksama untuk semua lapisan dan golongan rakyat di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, DPPNP melihat belanjawan ini yang mempunyai lebihan RM5.332 juta sebagai satu belanjawan yang sangat seimbang dengan mengambilkira situasi semasa ekonomi global, domestik dan juga kesejahteraan semasa rakyat yang memerlukan sokongan serta suntikan bagi meneruskan kelangsungan kehidupan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Tahan berkata, bagi mewakili golongan belia, DPPNP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri yang menyaksikan sekurang-kurang tiga peruntukan khusus untuk golongan belia negeri ini termasuklah RM10 juta untuk golongan belia memulakan perniagaan; RM470 untuk pembangunan belia negeri dan juga insentif on-off kepada pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan.

Selain itu menurutnya, pelbagai peruntukan dan insentif lain seperti Rumah PRIMA, Rumah Makmur dan Rumah Rakyat Pahang serta bantuan untuk anak-anak yang bakal memasuki tahun satu pada tahun hadapan sudah pasti akan memberi sedikit kelegaan untuk beban golongan muda di negeri ini.

“Dengan jangkaan peningkatan hasil sebanyak 7.6 peratus pada tahun 2021, kami yakin kerajaan Muafakat Nasional Negeri Pahang adalah sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh bagi terus menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat negeri ini.

“DPPNP juga sangat menghargai kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan negeri dengan turut melibatkan PAS sebagai salah satu kompenen kerajaan negeri dengan penglibatan diperingkat Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejateraan Kampung (JKKK) dan juga peruntukan terus kepada semua Ahli Dewan Negeri PAS bagi menguruskan projek-projek kecil dalam Dewan Negeri yang diwakili. Satu kepercayaan dan pengiktirafan besar buat kami yang akan kami jalankan dengan penuh tanggungjawab dan amanah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu DPPNP turut mendoakan semoga kesejahteraan bumi Pahang terus berpanjangan di bawah pentadbiran Kerajaan Muafakat Nasional negeri ini dengan panduan dan suluhan wahyu daripada ilahi.

“DPPNP juga menyatakan tekad untuk terus bersama mempertahankan kerajaan ini bagi memastikan agenda perpaduan ummah terus diperkasa bagi memberi manfaat buat semua rakyat di negara ini khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 170 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download