Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda menyampaikan kunci Rumah Rakyat Pahang kepada Encik Abu Junik di Kampung Sri Fajar, Kuantan

PEMBINAAN RRP 2021 DIJANGKA BERMULA MAC INI

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 26 JANUARI 2021: Pembinaaan 100 buah Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi tahun ini dijangka dapat dimulakan pada akhir Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, pihaknya masih sedang menunggu keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) untuk peruntukan RRP bagi tahun ini.

“Kita jangka urusan ini lebih lancar kerana kita dah tahu sistem berkenaan pengurusan RRP berbanding tahun lepas yang merupakan tahun pertama RRP dijalankan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda melihat enam jenis pokok yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang iaitu pokok durian Musang King, mempelam Harum Manis, belimbing buluh, kelapa MYD, mesta, dan limau kasturi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) ketika menyerahkan kunci rumah RRP di Kampung Sri Fajar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Azlan Mohd Yaman.

Tambah beliau lagi, sebanyak 94 buah Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi tahun 2020 telah siap dibina di seluruh negeri ini daripada keseluruhan 98 buah rumah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda

“Baki empat unit tersebut, iaitu satu unit di kawasan Triang telah pun siap 70 peratus pembinaan, dua unit lagi di kawasan Bera telah siap 40 peratus dan 45 peratus.

“Satu unit rumah RRP di Kuantan pembinaannya berada pada tahap lima peratus dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 10 minggu,” katanya.

Sementara itu, penerima RRP Kampung Sri Fajar, Puan Muji Muda, 62, berkata, dia berasa gembira kerana diberikan rumah ini menggantikan rumah lamanya yang telah uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda sempat memeriksa keadaan Rumah Rakyat Pahang sebelum menyerahkan kepada Encik Abu Junik di Kampung Sri Fajar, Kuantan

“Alhamdulillah, rasa senang hati dan bersyukur kerana dalam ramai-ramai orang, kami dipilih untuk menerima rumah ini oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Puan Muji dan suaminya Encik Abu Junik, 59, turut menerima enam jenis pokok daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang iaitu pokok durian Musang King, mempelam Harum Manis, belimbing buluh, kelapa MYD, mesta dan limau kasturi. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download