Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda ketika melawat pameran pada Program World Clean Up Day Peringkat Negeri Pahang 2020 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar di Kuantan hari ini.

PEMBINAAN 98 UNIT RRP BERMULA MINGGU DEPAN

KUANTAN, 19 SEPTEMBER 2020: Pembinaan 98 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) di seluruh negeri ini akan bermula minggu depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh satu setengah bulan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, setiap Dewan Negeri akan dibina dua unit RRP manakala Parlimen pula sebuah unit.

“Sumber kewangan bagi pelaksanaan projek itu diperoleh daripada Tabung Perumahan Rakyat Pahang dengan jumlah tidak melebihi RM55,000 selain sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda mengacau bubur asyura pada Program World Clean Up Day Peringkat Negeri Pahang 2020 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program World Clean Up Day Peringkat Negeri Pahang 2020 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar di sini hari ini.

Beliau berkata, projek ini bagi membantu mereka yang belum memiliki rumah atau menggantikan rumah yang mempunyai struktur tidak selamat atau tidak ekonomik untuk dibaik pulih, namun keadaan semasa bangunan itu membawa risiko keselamatan kepada penghuninya.

“Pemilihan penerima rumah ini juga sudah selesai… Penerima adalah miskin tegar atau miskin, tidak mempunyai rumah atau sudah usang dan daif selain mestilah memiliki tanah sendiri atau mendapat kelulusan pemilik lain jika berkongsi tanah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Program World Clean Up Day ini dijalankan serentak di seluruh daerah di negeri ini di 12 lokasi terpilih.

“Antara pengisian program adalah aktiviti membersihkan kawasan, pengauditan sisa, penyerahan hand sinitizer kepada wakil masjid dan sukan rakyat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: