Pengerusi Felda, YB Dato' Sri Idris Jusoh.

PEMBERIAN LOT TANAH GANTI PROJEK PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 02 JULAI 2020 : Generasi kedua Felda berpeluang memiliki rumah dengan pemberian lot tanah untuk pembinaan rumah oleh kerajaan sebagai penyelesaian kepada isu projek perumahan generasi kedua yang terbengkalai.

Pengerusi Felda, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata peneroka dan anak peneroka dapat membina sendiri rumah di tapak tersebut mengikut kemampuan masing-masing.

“Saya lihat yang dikehendaki oleh peneroka dan anak peneroka ialah sebenarnya tapak perumahan.

“Jadi strategi kita lepas ini ialah untuk memberi lot tanah, tapak rumah sebenarnya dan sebagaimana kejayaan lot tanah, tapak rumah di Johor, Kota Tinggi. Di sana kita lihat kejayaan dimana Felda memberi lot-lot tanah dan rumah dibina sendiri mengikut kemampuan peneroka-peneroka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bersama Kepimpinan Peneroka Gugusan Chini di Bandar DARA, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah.

Beliau berkata langkah ini juga dilihat dapat mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh generasi kedua Felda.

“Bermakna peneroka boleh bina rumah mengikut kemampuan mereka. Takdelah mereka berhutang. Kalau nak bina rumah RM30,000, dia boleh bina rumah RM30,000.

“Kalau dibina oleh kontraktor, dia akan bagi RM100,000, RM80,000, RM90,000 jadi ini membebankanlah. Jadi rumah boleh dibina ikut kemampuan peneroka-peneroka,” katanya.

Mengulas mengenai perumahan generasi kedua di Chini yang terbengkalai, ujarnya kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM9.5 juta bagi membaik pulih 29 buah rumah yang telah dikenal pasti.

“Untuk perumahan generasi kedua di Chini ini, sudah ada peruntukan sebanyak RM9.5 juta untuk dibaik pulih sebenarnya dan akan mula tawaran kepada kontraktor pada September nanti.

“Untuk keseluruhannya semua rumah-rumah yang telah siap 70 peratus dalam proses pembinaan semula. Yang kurang (daripada 70 peratus) masih lagi dalam pertimbangan. Yang akan disiapkan adalah rumah yang 70 peratus siap, yang belum siap lagi akan dinilai mengikut case by case basis,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: