Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PEMANGKU RAJA SERU UMAT ISLAM LAKSANA SOLAT HAJAT

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 26 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru kepada semua umat Islam di negeri ini supaya melaksanakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah di rumah masing-masing dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

Baginda bertitah, solat berkenaan boleh dilaksanakan setiap hari Khamis malam Jumaat selepas selesai Solat Maghrib sehingga 14 April ini.

“Wahai rakyat jelata yang dikasihi Allah SWT, marilah kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan berusaha bersunguh-sungguh untuk menjauhi serta meninggalkan segala larangannya.

“Sebagai umat Islam, di saat kita dilanda dengan musibah COVID-19 ini sangatlah penting untuk memperbanyakan zikrullah, selawat, istigfar dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

“Dengan ini saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Pahang yang dicintai dengan melaksanakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah di rumah masing-masing pada setiap hari Khamis malam Jumaat sehingga 14 April ini,” titah baginda dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Baginda berdoa dan berharap mudah-mudahan dengan usaha ini bakal dilaksanakan di rumah masing-masing akan diterima oleh Allah SWT serta mendapat rahmat dan kasih sayangNya serta diselamatkan dari segala wabak dan bencana. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: