Titah Pemangku Raja Pahang di Instagram.

PEMANGKU RAJA PAHANG TITAH JAGA KESIHATAN BERIKUTAN PENULARAN COVID-19

KUANTAN 12 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat supaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri berikutan penularan wabak COVID-19.

Baginda juga bertitah individu yang terlibat supaya cepat sembuh selain kekal positif dan kuat menghadapi penyakit berkenaan.

“Hentikan COVID-19… Saya doa semua cepat sembuh, stay strong and positif to those infected. We are with you.

“Tolong jaga kesihatan dan kebersihan,” titah baginda menerusi Instagram Story milik baginda hari ini.

Dalam status yang sama baginda turut memuat naik gambar memakai penutup mulut dan hidung.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengesahkan seorang peserta Ijtimak Tabligh positif Covid-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, kes pertama itu kini dikuarantin dan diberi rawatan di wad isolasi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan akan dipantau dalam tempoh 14 hari. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error