PEMANGKU RAJA PAHANG SAKSI PENAMAT LTDL DI GENTING HIGHLANDS

Oleh: Shahrinnahar Latib dan Ain Nadhirah Basha
Foto Muhammad Muslimi Abd Rahim

BENTONG, 10 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyaksikan kejohanan PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020 di Genting Highlands di sini hari ini.

Baginda yang tiba pada pukul 3.30 petang turut meluangkan masa melihat sendiri aksi penamat kesemua 120 peserta dari 21 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlumbaan peringkat keempat berkenaan.

Kesemua peserta melalui cabaran pecutan serta pendakian bermula dari Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyaksikan kejohanan PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020 di Genting Highlands.

Baginda turut menyarungkan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) kepada pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov selepas menamatkan kayuhan sejauh 124.7 kilometer itu.

Federov sebelum ini berjaya mendahului perlumbaan peringkat ketiga yang berlangsung semalam bermula di Temerloh hingga ke Kuala Lumpur sejauh 162.5 kilometer.

Terdahulu pelumba dari pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, Rivera Kevin mengungguli perlumbaan peringkat keempat itu
dengan mencatatkan masa empat jam 18 minit 55 saat meninggalkan Celano Danilo dari pasukan Sapura Cycling yang hanya meraih tempat kedua.

Pelumba Malaysia, Mohd Zariff Muharnmad Nur Aiman dari Team Sapura Cycling berjaya menyarung jersi merah (Raja Bukit).

Perlumbaan peringkat kelima esok, menjadi antara tumpuan pelumba bermula dari Kuala Kubu Baru dan berakhir di Ipoh.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error