Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis berkenan mencemar duli menyertai program kayuhan Mousang Ride Raub

PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN SERTAI PROGRAM KAYUHAN BASIKAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha

RAUB, 15 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mencemar duli menyertai program kayuhan Mousang Ride Raub sejauh hampir tiga kilometer di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program berkenaan turut disertai 50 peserta lain yang bermula dan berakhir di Kolej Komuniti Raub di sini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan mencemar duli menyertai program kayuhan Mousang Ride Raub

Baginda bertiga turut berkenan untuk berhenti mencemar duli di tiga hentian di sekitar laluan kayuhan iaitu di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah Bukit Koman, Perkampungan Ibadah Warga Emas Islam Raub dan Maahad Tahfiz Riadus Solihin.

Di kesemua hentian ini baginda berhenti kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar selain turut menyerahkan sumbangan kepada para penghuni warga emas dan pelajar tahfiz.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, YB. Dato’ Abd. Aziz Haji Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Johari Haji Hussain; ADUN Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin; Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Muhammad Shahid Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, YH. Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download