Aksi Pemangku Raja Pahang ketika perlawanan persabatan ragbi di Pekan.

PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN SERTAI PERLAWANAN RAGBI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 29 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyertai perlawanan persabahatan ragbi sempena Kejohanan Ragbi 4 Penjuru Tertutup Veteran Pahang di sini hari ini.

Dalam perlawanan persabatan yang diadakan di Padang Majlis Daerah Pekan itu menyaksikan Pasukan Ragbi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berjaya menewaskan pasukan Veteran Pahang.

Pemangku Raja Pahang bergambar bersama pemenang.

Turut menyertai pasukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ialah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan EXCO turut hadir pada perlawanan persahabatan itu.

Pada majlis yang sama, Pemangku Raja Pahang turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut yang dimenangi oleh Pasukan Skubo Ants.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan Pendidikan Pahang, ketiga Pasukan Pekan Raiders dan keempat dimenangi Pasukan Bukit Ubi Tigers. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download