Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang meninggalkan majlis selepas mengurniakan darjah dan pingat kebesaran di Rompin.

PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN KURNIA DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

ROMPIN 29 FEBRUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 250 penerima sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Istiadat berkenaan julung kali diadakan di luar istana iaitu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Rompin di sini.

Mendahului senarai penerima ialah YH. Tok Muda Wan Zainal Mokhtar Dato’ Che Wan Haji Ahmad Tajuddin yang merupakan antara 20 penerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima yang kurang upaya pada Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran di Rompin.

Antara penerima SAP adalah Brigadier Jeneral Dr. Kwong Fook Wen, Encik Ayub Haji Zaidin, Tuan Haji Ahmad Rizal Ali, Encik Abu Bakar Md. Sidek, Encik Mohd. Dzulkifri Nordin, Dr. Norsamsiah Nyak Abdullah, Dr. Firdaus Abdul Ghani, Dr. Abu Hassan Shaari Abd Kadir dan Dr. Mohd Aziz Husni.

Turut menerima SAP adalah, pesilat negara, Encik Mohd. Al-Jufferi Jamari, Encik Mohd Zamri Wahab, Encik Arrifin Mohd Ghani, Dr. Nor Azlina Abdul Aziz, Dr. Rapeah Mohd Yassin dan Encik Mohamad Faizal Mohamad Mohktar.

Pada istiadat itu juga, seramai 20 individu menerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) , 30 individu menerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 30 menerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) dan masing-masing 50 penerima menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang beramah mesra dengan penerima pada Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran di Rompin.

Turut hadir, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,  Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang,  Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Osman dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: