Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

PEMANGKU RAJA MINTA SEMUA MASJID ADAKAN DOA QUNUT NAZILAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 13 MAC 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, semua masjid di seluruh negeri ini mengadakan Doa Qunut Nazilah sewaktu Solat Jumaat dan Solat Subuh berikutan penularan wabak COVID-19.

Pemangku Raja Pahang bertitah, ia perlu dilaksanakan secara berterusan sehingga keadaan penularan wabak berkenaan terkawal.

“Dengan berlakunya penyebaran wabak CIVID-19 yang melanda di serata negara di dunia dan Malaysia khasnya sejak akhir-akhir ini, marilah kita bersama-sama bersatu hati dan mengukuhkan kepercayaan keimanan kita.

KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meminta semua masjid mengadakan Doa Qunut Nazilah.

“Marilah kita sentiasa memohon tangisan doa dan meningkatkan ibadat kepada Robbul Jalil agar memberi petunjuk kepada kita semua dan dihindari dari segala wabak khasnya COVID-19 yang sedang melanda kini,” titah baginda dalam satu kenyataan, semalam.

Baginda bertitah, mudah-mudahan dengan rahmat Allah SWT dan kasih sayang Rasulullah SAW, semua umat Islam diberi perlindungan dan kemenangan dunia dan akhirat.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang semalam mengesahkan seorang peserta Ijtimak Tabligh positif Covid-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, kes pertama itu kini dikuarantin dan diberi rawatan di wad isolasi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan akan dipantau dalam tempoh 14 hari. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: