Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

PEMANDU MABUK: PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 PERLU DILAKSANAKAN SEGERA – YAB MB PAHANG

KUANTAN, 26 MEI 2020: Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menggesa agar pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu dilaksanakan segera terutamanya melibatkan pemandu mabuk.

Beliau berkata, hukuman sedia ada terlalu ringan, gagal mencegah sehingga menyebabkan terlalu banyak kes berulang.

Menurutnya, rakyat di negara ini sering disajikan dengan berita-berita sedih seperti ini namun jalan penyelesaian yang lebih komprehensif perlu diambil bagi memastikan tiada lagi insan tidak berdosa menjadi mangsa.

Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh.

“Hukuman mandatori yang lebih berat perlu dikenakan terhadap kesalahan memandu mabuk. Jangan dibiarkan rakyat Malaysia terus dihantui dengan perbuatan jahat golongan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya menerusi satu kenyataan menerusi Facebook milik beliau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang kakitangan Syarikat Alam Flora, Allayarham Irwan Herman Kamaruddin, 41, maut apabila kenderaan dipandunya dirempuh sebuah kenderaan yang melawan arus dipercayai pemandunya di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan, di sini kira-kira jam 9.20 malam tadi.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: