YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin (tengah) pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengusaha Dan Penggiat Industri Pelancongan Pahang Sekitar Cherating di Kuantan hari ini

PELAN INDUK PERLU UNTUK MAJUKAN CHERATING

Oleh: Shahrinnahar Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 18 FEBRUARI 2020: Pantai Cherating di sini mempunyai tarikan tersendiri namun memerlukan satu pelan induk yang komprehensif bagi memajukan kembali pusat pelancongan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, pelan induk itu mestilah dapat menjaga kelestarian Pantai Cherating sekaligus mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan itu.

“Kerajaan Pahang sudah berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan dan menyediakan fasiliti yang terbaik untuk Pantai Cherating tetapi pengusaha dan pengiat industri pelancongan di sini perlu memainkan peranan mereka.

Antara pengusaha pelancongan yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengusaha Dan Penggiat Industri Pelancongan Pahang Sekitar Cherating di Kuantan hari ini

“Sebab itu satu pelan induk (masterplan) perlu diwujudkan untuk memajukan serta menarik pelancong datang ke pantai ini,” katanya ketika berucap Majlis Ramah Mesra Bersama Pengusaha Dan Penggiat Industri Pelancongan Pahang Sekitar Cherating di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, YBhg. Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Haji Edros Yahaya.

Pada majlis itu, kira-kira 100 pengusaha dan penggiat industri hadir untuk memberi pandangan dan masalah berkenaan dengan Cherating.

YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar berkata, beliau menyaran pengusaha dan penggiat industri pelancongan di Cherating  mewujudkan satu persatuan bagi memudahkan perbincangan isu serta masalah.

“Di peringkat Kerajaan Pahang juga akan lebih mudah dengan adanya persatuan ini kerana kita boleh melaksanakan program-program bersama,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on google
Google+

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: