Antara pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dibenarkan pulang malam tadi.

PELAJAR UMP TERHARU DAPAT PULANG KE KAMPUNG

KUANTAN, 1 MEI 2020: Hasrat pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk pulang ke kampung tertunai apabila memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman sekitar Pantai Timur malam tadi.

Ia membabitkan seramai 1,154 orang membabitkan pelajar UMP dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Perjalanan yang ditunggu-tunggu ini menamatkan tempoh selama lebih 40 hari pelajar menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampus sejak 18 Mac lalu.

Bagi seorang pelajar UMP, Muhammad Hazamuddin Wan Hassan, 25, dia terharu akhirnya dapat pulang ke kampung halaman di Tumpat, Kelantan.

“Perasaan berdebar tunggu kelulusan untuk balik dan semestinya sangat gembira dan lega apabila dimaklumkan dibenarkan pulang. Keluarga saya telah hubungi beberapa hari lepas, dan mereka turut menanti kepulangan hari ini,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti, kementerian dan pihak berkuasa yang bertungkus lumus menyumbang tenaga dan masa untuk membawa pulang pelajar ke kampung halaman masing.

Nurliyana Mohamad Azmi, 27, berkata, dia terharu dengan cara pelajar dibawa pulang malahan disediakan bekalan makanan dan minuman.

“Keluarga pun selalu telefon tanya bila boleh balik. Kerap jugak mereka kongsikan berita tentang COVID-19 di televisyen dan sentiasa mengharap boleh balik ke kampung. Alhamdulillah hari ini doa kami tertunai. Tengok kawan-kawan di utara dah sampai kampung rasa seronok,” katanya.

Pihak Bomba melakukan sanitasi di dalam bas sebelum membawa pelajar pulang ke kampung halaman.

Di UMP seramai 140 pelajar bergerak balik sekitar Pahang (32), Terengganu (35) dan Kelantan (73) bersama 26 pegawai perhubungan ( LO) dan lebih 40 pemandu.

Setakat ini seramai 1,120 pelajar masih tinggal di kampus bagi pergerakan fasa berperingkat sehingga 10 Mei depan.

Sebanyak 26 bas bergerak membawa pelajar dari UMP Kampus Gambang dan Kampus Pekan serentak ke destinasi masing-masing.

Selain itu, saringan gejala (suhu badan, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) juga dijalankan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum pergerakan pelajar.

Pelajar juga sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial (social distancing), memakai topeng muka (face mask) di sepanjang perjalanan dan mengamalkan kebersihan dengan memakai pensanitasi tangan (hand sanitizer). – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: