Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, YAM Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

PBNP MINTA TANGGUH SEMUA PERLAWANAN LIGA MALAYSIA

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 23 April 2020: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meminta semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia sepanjang tahun ini dapat ditangguhkan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Presidennya, Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, baginda mengikuti semua pandangan dan perbahasan mengenai keberadaan pertandingan bola sepak di dalam negara termasuklah Liga Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Kebangsaan.

“Saya percaya semua pandangan yang dilontarkan adalah dibuat di atas keprihatinan dan semangat kebersamaan supaya pihak yang bertanggungjawab di dalam pengendalian bola sepak negara dapat membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” titah baginda dalam satu kenyataan media oleh PBNP di sini, hari ini.

Baginda bertitah, tindakan itu juga dibuat selaras dengan penangguhan temasya Sukan Olimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung pada Julai depan di Jepun.

“Justeru saya berharap agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat membuat keputusan segera bagi kalendar acara bola sepak negara di bawah kendaliannya,” titah baginda.

Baginda menambah, penangguhan ini merupakan jalan terbaik yang mampu membantu keresahan dan kegelisahan semua yang terlibat di dalam industri bola sepak negara dan juga anggota gabungan yang bernaung di bawah badan induk bola sepak negara.

“InsyaaAllah, kita boleh kembali semula pada tahun hadapan dengan semangat dan iltizam yang baru untuk terus memeriahkan dan memartabarkan sukan bole sepak negara,” titah baginda.

Beginda turut meminta agar semua pihak terlibat agar dapat bersabar dan sentiasa berdoa supaya diberi kekuatan dalam mengharungi ujian ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download