PBNP HARAP FAM SELESAI SEGERA ISU SUMAREH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2020: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai tindakan Mohamadou Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara membuat keputusan meninggalkan pasukan itu.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, bagaimanapun, setakat ini FAM tidak menunjukkan minat untuk mencari jalan penyelesaikan untuk menyelesaikan kemelut ini.

“FAM hanya memberi alasan untuk menunggu tindakan dari Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bolasepak (FIFA) terlebih dahulu dan tidak boleh diterima oleh PBNP kerana tidak berasas.

“Pemain itu sebagai yang diketahui adalah seorang pemain tempatan dan kes ini melibatkan kawalan dan bidang kuasa FAM. Perkara ini juga telah disahkan oleh Setiausaha Agung AFC di dalam satu kenyataan media beliau.

“FAM sepatutnya membantu menyelesaikan kemelut ini agar keadilan dapat ditegakkan. Telah banyak kes pertikaian antara pemain dan anggota gabungan yang telah FAM kendalikan di masa-masa yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, PBNP mempunyai asas yang kukuh beserta dokumen yang sah bagi membuktikan PBNP dipihak yang benar.

“Semua tuduhan yang dibuat oleh pemain berkenaan adalah palsu, rekaan dan satu cubaan manipulasi oleh seorang pemain naturalisasi yang mendapat kerakyatan Malaysia.

“Atas alasan berkenaan dan diatas nama kebenaran, maka PBNP berhak membentangkan kes dengan selayaknya. Kita percaya pihak FAM dapat memberi perhatian yang serius dan segera terhadap perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, jika pihak FAM masih tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan ini, pihak PBNP tidak teragak-agak untuk merujuk kes ini kepada lain-lain badan timbang tara atau agensi kerajaan yang berkaitan termasuk pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: