Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui media selepas Program Cakna Koperasi dan Majlis Penyerahan Mock Cheque Bantuan Kecemasan Pandemik COVID-19 Koperasi Negeri Pahang di Pusat Latihan Felda Chini, Pekan, hari ini.

PATUHI SOP PADA HARI PENAMAAN CALON

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 19 JUN 2020: Semua yang terlibat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini esok diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelak sebarang risiko penularan COVID-19.

Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Barisan Nasional Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara berkenaan amat penting dan seharusnya diberi penekanan.

“Saya ingin menyeru kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Ini merupakan perkara yang sangat penting, kalau tak, tidak mustahil gelombang baru COVID-19 akan melanda negeri Pahang khususnya di Chini dan lepas tu akan merebak ke tempat lain sebab ia mudah sangat berjangkit.

“Jadi jika mahu atau tidak, suka atau tidak suka SOP wajib dipatuhi. Kena pakai penutup hidung, kena selalu bersihkan tangan, jaga kesihatan, penjarakan sosial. Itu sangat penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cakna Koperasi dan Majlis Penyerahan Mock Cheque Bantuan Kecemasan Pandemik COVID-19 Koperasi Negeri Pahang di Pusat Latihan Felda Chini, di sini, hari ini.

 

Sementara itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk menyeru kepada kira-kira 21,000 orang pengundi di Dewan Negeri Chini supaya tidak lagi tertipu dengan janji palsu.

“Jangan lagi percaya.. jangan lagi tertipu kali kedua sebab kita tahu sebelum PRU ke-14 yang lalu, banyak janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) dan kerana janji mereka itu ramai pengundi percaya tetapi akhirnya mereka ditipu.

“Saya harap pengundi-pengundi khususnya di kawasan Chini tidak lagi tertipu,” katanya.

Antara janji PH katanya ialah untuk hapuskan hutang tetapi apabila berkuasa hutang masih juga tidak selesai.

“Jadi itu tipulah maknanya.. sebab mereka tak tunaikan janji mereka. Pengundi boleh percaya, jadi saya harap kali ini pengundi tidak tertipu walau PH tidak letakkan calon kali ini tetapi sekiranya ada calon bebas mereka mungkin akan menggunakan ‘formula’ sama.

“Itu cuba menipu kerana mereka tidak ada modal, jadi mereka gunakan perkara – perkara macam tulah. Kadang-kadang bila mereka bercakap berjanji dan sebagainya mungkin orang mudah percaya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: