Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada wawancara Sudut Pandang hari ini.

PATUHI SOP KEKANG PENULARAN COVID-19 DI PAHANG

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 3 FEBRUARI 2021: Langkah tegas pada peringkat awal yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani penularan wabak COVID-19 berjaya apabila kira-kira dua minggu Pahang mencatat sifar kes positif.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keadaan berubah kepada membimbangkan kini apabila sekatan masuk ke negeri dilonggarkan dan saban hari kes positif dicatatkan.

“Kita perlu patuh patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP).. satu perkara sukar untuk sekat ialah mereka yang datang dari luar Pahang, jumpa keluarga, buat ‘gathering’ sehingga menyebabkan kerajaan sukar untuk sekat penularan.

“Kerajaan Persekutuan pula telah menetapkan sambungan tempoh PKP untuk selama dua minggu lagi bermula 5 Februari hingga 18 Februari depan. Diharap, kita semua akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya pada wawancara Sudut Pandang bersama YAB Menteri Besar Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sekurang-kurangnya 30 inisiatif menurut fasa ke fasa.

“Semua inisiatif melibatkan peruntukan dan implikasi kewangan kira-kira RM30 juta yang memanfaatkan lebih 140,000 keluarga dan individu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi.

“Usaha mengekang penularan wabak akan diteruskan sehingga Pahang kembali berjaya kembali mencatat sifar kes dengan SOP yang kembali diperketatkan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download