Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad, Fakhruddin Mohd Ariff ketika memantau stor penyimpanan barangan Bilik Gerakan Dewan Negeri (DN) Bebar Kampung Permatang Pauh di Pekan.

PASTIKAN BARANG BANTUAN DI STOR SIMPANAN BARANG DALAM KEADAAN BAIK

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN 28 NOVEMBER 2020: Pengurusan dan pekerja di bilik Gerakan Dewan Negeri (DN) Bebar diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan barang-barang bantuan yang disimpan di stor berada dalam keadaaan bersih, selamat dan tidak rosak.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad, Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sebahagian barangan sumbangan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Parlimen Pekan akan direkod dan disimpan di stor ini sebelum diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

“Alhamdulillah, stor penyimpanan barangan di Kampung Permatang Pauh ini telah siap dibaik pulih sepenuhnya.

“Stor ini mengalami beberapa kerosakan sebelum ini pada atap, dinding dan tingkap sebelum dibaikpulih menggunakan peruntukkan Dewan Negeri yang disalurkan Kerajaan Negeri Pahang,” katanya di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad, Fakhruddin Mohd Ariff ketika memantau stor penyimpanan barangan Bilik Gerakan Dewan Negeri (DN) Bebar Kampung Permatang Pauh di Pekan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail sentiasa mengambil berat termasuk keadaan barangan bantuan untuk rakyat agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan selamat sebelum diagihkan.

“Lebih-lebih lagi sekiranya terjadi bencana banjir maka barang bantuan ini perlu segera sampai kepada rakyat yang terkesan dengan sempurna.

“Saya juga telah mengingatkan pengurusan dan pekerja di bilik Gerakan DN Bebar agar sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan barang-barang bantuan ini berada dalam keadaaan bersih, selamat dan tidak rosak.

“Islam menganjurkan umatnya sentiasa menjaga kebersihan. Kebersihan sebahagian daripada iman,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 888 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download