Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (dua kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak (dua kiri) di hadapan pasar nelayan segar di Bunut Rendang ketika melawat Jeti Nelayan Sungai Belat, di sini hari ini.

PASAR NELAYAN SEGAR DI BUNUT RENDANG DIJANGKA BEROPERASI AWAL TAHUN HADAPAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 22 JUN 2020: Sebuah pasar nelayan segar bernilai RM200,000 dijangka akan beroperasi di Penempatan Sementara Nelayan (PSN) Bunut Rendang awal tahun hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pasar nelayan segar itu akan dinaiktarafkan bila-bila masa sahaja bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang telah dimaklumkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bahawa peruntukan telah ada dan tempat itu merupakan tempat pendaratan ikan dikategorikan zon A.

“Keadaan ini akan berubah nanti apabila naik taraf dan akan beri kemudahan dan keselesaan keoada pembeli dan pemborong ikan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (dua kanan) bersama YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kanan); Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak (dua kiri) dan Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM, Haji Othman Latif ketika melawat Jeti Nelayan Sungai Belat, di sini hari ini.

“Jadi daripada segi tanah, Kerajaan Negeri tidak ada masalah kerana tanah PSK (Perbadanan Setiausaha Kerajaan) dan kita bagi kelulusan serta merta sebab ini untuk rakyat dan memudahkan orang ramai untuk urusan membeli ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke Jeti Nelayan Sungai Belat yang bernilai RM1 juta, di sini hari ini.

Hadir sama, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM, Haji Othman Latif berkata, pembinaan pasar segar ini akan mengambil masa empat sehingga enam bulan sebelum beroperasi.

“Kita juga akan ambil kira kesesuaian lokasi kerana tempat ini agak ke dalam dan penempatan ini baru. Jadi kita akan ambil kira semua 154 peserta dah masuk, baru kita akan bina pasar tersebut.

“Konsep pasar ini adalah apabila nelayan bot Zon A, bot kecil keluar ke laut lepas Subuh dan dalam pukul 10 atau 11 dia balik, jadi ikan itu memang akan segar, tak kena ais lagi dan harga pun agak berpatutan sebab nelayan jual terus tanpa orang tengah,” katanya.- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: