PAS HARAP KERAJAAN BAHARU LEBIH BAIK

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 2 MAC 2020: PAS Pahang mengharapkan kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan harapan rakyat.

Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Rosli Abdul Jabar berkata, rakyat mengharapkan agar kerajaan Perikatan Nasional dapat mewujudkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat dari pelbagai kaum di negara ini.

“Islam mestilah dimartabatkan, letakkan ia di tempat yang selayaknya, jadikan ia sebagai pedoman, jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh kepimpinan, yakinlah hanya dengan itu sahajalah seorang pemimpin itu akan dapat berlaku adil dan ihsan kepada keseluruhan rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook peribadi miliknya, hari ini.

YB Rosli Abdul Jabar

Beliau turut memuji kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara pada minggu lalu.

Pas Pahang turut merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Pas, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan parti politik Perikatan Nasional yang sabar menghadapi saat genting bagi negara demi memastikan masa depan Malaysia yang lebih aman dan makmur. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error