YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT

KUANTAN, 27 MAC 2020: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri jelas menunjukkan keprihatinan serta inklusif meliputi rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pakej rangsangan ini betul-betul prihatin, dengan sifat inklusif hingga meliputi kesemua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak ini.

“Inilah yang boleh saya katakan tentang pengumuman PRIHATIN oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepertimana disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan petang ini.

“Dengan peruntukan RM250 billion yang daripadanya, RM128 billion sahaja ialah untuk melindungi kebajikan rakyat, saya percaya ia akan turut mencakupi rakyat negeri Pahang yang sama-sama terkesan dengan COVID-19, serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan untuk membendungnya.

“‘No one will be left behind’ kata YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri juga yakin sepenuhnya dengan kata-kata serta pengumuman tentang keseluruhan intipati dalam PRIHATIN ini,” katanya dalam satu kenyatan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri pula akan teruskan dengan lapa. Inisiatif Membantu Rakyat Pahang bernilai lebih RM14 juta, sebagai saling melengkapi kepada usaha Kerajaan Persekutuan tersebut.

“Semoga dengan ini, rakyat khususnya di Negeri Pahang akan terus akur kepada arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya mengenai duduk di rumah, sambil mendoakan wabak pandemik COVID-19 dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh yang sewajarnya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: