PAIP HARGAI BANTUAN PELBAGAI PIHAK PERCEPATKAN SALUR AIR KEPADA PENGGUNA TERJEJAS

KUANTAN, 25 JANUARI 2021: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakitbatkan 26 buah Loji Rawatan Air (LRA) tidak dapat beroperasi disebabkan peningkatan paras air sungai yang telah menenggelamkan LRA dan peralatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, LRA-LRA ini juga tidak dapat beroperasi disebabkan terputus bekalan elektrik dan juga kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan yang menyebabkan jajaran paip terputus atau pecah.

Beliau berkata, dalam melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan air kepada pengguna, PAIP telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuk daripada agensi kerajaan, syarikat operator air serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Agensi-agensi kerajaan yang membantu terdiri daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Syarikat operator air pula terdiri daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ranhill SAJ, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Lembaga Air Perak (LAP) serta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) manakala NGO yang membantu adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Antara agensi dan syarikat operator air yang membantu menguruskan air di Pahang yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Beliau berkata, bantuan itu telah melancarkan usaha yang dijalankan oleh PAIP untuk mempercepatkan pengguna yang terjejas menerima bekalan air
bersih disamping bekalan air minuman disepanjang tempoh bencana yang telah berlaku.

PAIP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung di atas bantuan yang telah diberikan. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download