Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika berucap pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato' Zaliza Zulkifli di Hotel Ancasa Royale di Pekan.

PAHANGGO BERADA DI LANDASAN TERBAIK

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 21 OKTOBER 2020: PahangGo yang merupakan peneraju transformasi digital ekonomi bagi Negeri Pahang kini berada dalam landasan yang terbaik untuk mencipta sumber pendapatan baharu melalui teknologi digital.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sehingga kini PahangGo berjaya membantu Kerajaan Pahang menambah pendapatan melalui teknologi digital.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin PahangGo boleh meningkatkan lagi pendapatan kepada Negeri Pahang selepas semua fasiliti seperti menara dan talian dinaiktaraf kerana aplikasi ini boleh diakses ke kawasan luar bandar.

Pegawai PahangGo menerangkan mengenai aplikasi berkenaan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli di Hotel Ancasa Royale di Pekan.

“Sebagai makluman, kutipan hasil bulanan PahangGo kini melebihi RM800,000 sebulan melalui hasil kutipan cukai tanah, cukai pintu, bil utiliti, pembelian tambah nilai telefon, bayaran parking, pembelian barangan secara online dan bermacam-macam lagi.

“Kutipan ini dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun selari dengan penggunaan internet yang semakin meningkat. Sudah tentu dengan pendapatan yang semakin meningkat ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan lebih banyak bantuan dan pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli di Hotel Ancasa Royale di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang Tuan Haji Zahari Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo Sdn Bhd, Encik Affandi Mohd Isa.

Antara yang hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pekan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli di Hotel Ancasa Royale di Pekan.

Kehadiran SKMM dan PahangGo adalah untuk memberi penerangan dan maklumbalas daripada semua wakil kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk penghulu di Pekan tentang pencapaian, keperluan kerjasama, pembangunan serta kemajuan yang sedang dan akan dilaksanakan.

Taklimat dan maklumbalas ini juga dilaksanakan oleh SKMM dan PahangGo di seluruh pejabat daerah dan tanah di dalam Pahang selepas ini.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, PBT, Penghulu, ketua kampung akan lebih memahami tentang PahangGo dan dapat bersama-sama mengguna serta mempromosikan lagi PahangGo kepada penduduk di kawasan masing-masing.

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy BWan Ismail sentiasa dipermudahkan Allah SWT dalam mentadbir urus negeri dan membela nasib rakyat,” katanya-PAHANGMEDIA.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download