YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ' Sri Dr Salehuddin Ishak juga tidak melepas peluang bersama peserta dalam merangka strategik Pelan Insentif Khas Pelaburan Asing Negeri Pahang untuk dibentangkan.

PAHANG TUMPU PENGLIBATAN LEBIH BANYAK PELABUR ASING

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

GENTING HIGHLANDS, 7 NOVEMBER 2020: Pahang seharusnya tidak lagi bergantung penuh pada sumber asli seperti balak, mineral dan pertanian tradisional dalam menjana perkembangan ekonominya.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin berkata, tumpuan kini terarah kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan asing yang mampu membawa teknologi dan pemodenan.

“Pahang masih menjadi negeri pilihan bagi pelabur, namun kita perlu fikirkan bagaimana cara untuk menarik pelabur bagi tahun 2021 dan seterusnya. Sudah pasti ‘government should be prime mover for development’,” katanya pada majlis penutup Program Perangkaan Pelan Insentif Khas Pelabur Asing Negeri Pahang 2021-2023 di GEO Resort & Hotel, di sini, semalam.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin Ishak mendengar pembentangan Perangkaan Pelan Insentif Khas Pelaburan Asing Negeri Pahang Tahun 2021-2023.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Razihan Adzharuddin; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, YH. Dato’ Haji Fadzilla Salleh serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin.

Menyedari situasi ekonomi yang perlahan akibat pandemik COVID-19, Dato’ Sri Dr Salehuddin mengingatkan agar semua yang terlibat perlu bersedia keluar dari belenggu wabak ini dan mengusahakan insentif kepada pelabur-pelabur dalam membangunkan semula ekonomi negeri.

“Dengan menawarkan pelbagai insentif menarik, ia dapat meningkatkan hasil jangka panjang. Kita juga perlu fikir zon-zon dan kluster-kluster ekonomi yang baru yang mampu meningkatkan hasil negeri seperti sektor perkhidmatan dan pertanian moden.

“Tumpuan juga perlu diberi kepada zon pertumbuhan baru seperti projek pengangkutan Central Spine Road (CSR) dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang akan memberi prospek baru dan memberi kemampuan pembangunan pesat di Karak, Temerloh, Gambang dan Gebeng,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: