Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail (tiga dari kiri) melawat tapak pameran selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM- Industri di Hotel Zenith, Kuantan hari ini.

PAHANG TERUS BURU NILAI PELABURAN TINGGI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 21 JULAI 2020: Pahang telah berjaya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM9 billion melibatkan 244 buah projek pengilangan dari dalam dan luar negara sepanjang tahun lepas.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu turut memperincikan jumlah nilai pelaburan iaitu RM5 bilion daripada pelaburan tempatan dan selebihnya melalui pelaburan asing.

Namun begitu katanya, kesan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia menyaksikan Pahang hanya mampu mengumpul RM91 juta nilai pelaburan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

“Sebab itulah sekarang ini kita menubuhkan One Stop Centre bagi memudahkan permohonan pelabur untuk memulakan perniagaan atau melabur di negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail diiringi Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, YBHG. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohd Hani melawat tapak pameran selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM- Industri di Hotel Zenith, Kuantan hari ini.

“Kalau dulu perlu 44 hari untuk mendapat keluluskan tapi sekarang ini telah dipendekkan kepada 22 hari sahaja. Perkara ini saya telah bangkitkan dalam mesyuarat East Coast Economic Region yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dalam Mesyuarat tersebut PM telah bersetuju OSC dibuat di Pahang (ada di Gebeng) dan meminta agar ianya diperluaskan di negeri lain, ” katanya pada majlis perasmian Program Keterlibatan SIRIM-Industri di Hotel Zenith, di sini.

Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, YBbhg. Ir Dr Ahmad Fadzil Mohd Hani serta Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), YB Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata sasaran jumlah pelaburan pada tahun ini ialah sebanyak RM5 billion dan sekarang ini usaha untuk mencapai sasaran terus dipergiat dengan pelbagai cara termasuk mengadakan mesyuarat melalui video conferencing bersama pelabur.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan hadir bagi merasmikan Program Keterlibatan SIRIM- Industri di Hotel Zenith, Kuantan hari ini.

“Saya juga yakin Majlis Tindakan Ekonomi Negeri yang ditubuhkan akan membantu meningkatkan lagi hasil dan sasaran. Dua perkara besar yang dikenalpasti ialah pusat pendaratan ikan yang terbanyak di Kuantan.

“Ekoran itu kita telah berusaha untuk mendapatkan pelabur swasta yang berminat untuk menaiktaraf pusat pungutan ikan tersebut ianya menjadi lebih komersial dan memudahkan para nelayan menghantar hasil laut ke pusat pendaratan

“Satu lagi, kita mahu buat pusat pengumpulan sayur-sayuran di mana sebelum ini mana-mana sayur-sayuran khususnya dari Cameron Highland terus dihantar ke Pasar Borong Selayang. Kita sedang kenalpasti tapak di Bentong serta beberapa tapak pilihan lain dan Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan buat pengumuman,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: