Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

PAHANG SIAP SEDIA BUKA SEKOLAH

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 16 Jun 2020 – Kerajaan Negeri Pahang sudah bersiap sedia bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan mula dibuka semula pada 24 Jun 2020 ini selepas ditutup sejak 18 Mac 2020 ekoran perlaksanaan Perintah KawalanPergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kesemua sekolah di negeri Pahang telah bersiap sedia menerima segala arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), baru-baru ini.

“Alhamdulilah, kesemua guru dan petugas sekolah di negeri ini telah bersedia untuk melengkapi sekolah masing-masing dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum memulakan sesi persekolahan pada 24 Jun depan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini.

Tambahnya, kesemua guru dan petugas juga menyambut baik usaha dan saranan yang diumumkan KPM serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perlaksanaan SOP dipatuhi sebaiknya agar penularan wabak pandemik Covid-19 dapat dikawal meskipun sesi persekolahan dibuka semula.

Sejak awal minggu ini, kebanyakan sekolah di Pahang telah memulakan tugas masing-masing bagi menyusun atur peralatan pembelajaran supaya memenuhi kehendak SOP yang telah diseragamkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 18 sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan empat buah sekolah agama rakyat di bawah pentadbiran Majis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan turut memulakan operasinya pada 24 Jun ini.

“Kesemua sekolah ini akan turut sama mematuhi SOP yang dibentangkan oleh KPM baru-baru ini. Kesemua diambil kira termasuklah pembelajaran di dalam kelas, susun atur di asrama, interaksi di antara guru dan murid termasuklah mengambil kira waktu rehat mereka,” katanya.

Kesemua pihak menyambut baik saranan yang diumumkan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Radzi Md Jidin, di mana peringkat awal pembukaan sekolah ini menetapkan murid kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysa (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara sahaja akan dibuka semula dengan mematuhi nasihat dan pandangan daripada KKM.

Walau bagaimanapun, katanya, sekolah menengah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri akan melibatkan pelajar tingkatan 4 bagi sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Ini kerana pelajar terbabit perlu menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan pihak kerajaan negeri juga telah mengenalpasti setiap keupayaan sekolah tersebut bagi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

YB Dato’ Seri Syed Ibrahim berkata, terdapat beberapa sekolah menghadapi kesukaran dalam usaha untuk mematuhi SOP yang ditetapkan kerana pelbagai faktor antaranya bangunan sekolah yang kecil serta sempit selain penjarakan sosial di bilik asrama dan isu penggunaan surau di sekolah.

“Begitu juga penggunaan peralatan di dewan makan dan juga di kantin pada waktu rehat di mana pelajar tidak dibenarkan makan di kantin, begitu juga penggunaan perpustakaan dan perbincangan berkumpulan juga tidak dibenarkan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: