Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail sewaktu oleh DJ Pahangfm dalam temubual eksklusif di Radio RTM, Kuantan hari ini.

PAHANG LEBIH SEDIA TANGANI WABAK COVID-19

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 9 APRIL 2020: Kekuatan seramai 17,000 orang petugas kesihatan yang ada kini menjadikan Pahang lebih bersedia dan mampu menangani penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia turut disokong dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebagai hospital utama COVID-19 serta dua buah pusat kuarantin di negeri ini.

“Kita mempunyai seorang pakar penyakit berjangkit serta 138 orang pakar perubatan lain. Selain itu kita ada 1,523 orang pegawai perubatan, 4,055 jururawat, 1,050 penolong pegawai perubatan dan selebihnya jawatan-jawatan lain.

“Jadi, rakyat di negeri ini tidak perlu terlalu khuatir kerana kerajaan negeri bersama pihak kesihatan mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengekang wabak ini dari terus merebak, tapi dengan syarat rakyat perlu terus mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak pertambahan jumlah kes,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Radio RTM, PAHANGfm hari ini.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri Pahang mempunyai mekanisme tertentu dan gerak kerja sewajarnya dalam menangani wabak besar ini dengan tindakan proaktif Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang yang dianggotai agensi-agensi kerajaan lain seperti PDRM, tentera, APM dan sebagainya.

“Kita adakan mesyuarat setiap minggu manakala Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang pula bermesyuarat setiap hari bagi mengemaskan lagi aspek pemantauan agar usaha yang dilaksanakan lebih berkesan.

“Keputusan yang diambil Kerajaan Negeri Pahang juga bersifat praktikal iaitu berdasarkan result-oriented. Keputusan yang dilakukan juga fleksibel di mana kita akan ubah mengikut kesesuaian perkembangan keadaan semasa demi mendapatkan hasil yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar peruntukan bernilai lebih RM21 juta di bawah 22 inisiatif yang diperkenalkan secara tiga fasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu memberi manfaat kepada 136,074 penerima yang dikenalpasti.

“Jika masih ada yang layak tercicir (bantuan), kita harap mereka tampil bertemu ketua kampung, penghulu serta wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi memastikan kerajaan negeri dapat membantu. Kita tidak mahu ada yang tertinggal, jika anda terkesan jangan berdiam, buatlah aduan kepada pihak berkenaan,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download