YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak.

PAHANG LAKSANA E-CENCUS RABU INI

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 7 SEPTEMBER 2020: Pahang akan melaksanakan e-Cencus pentadbiran awam pada Rabu ini (9 September) bermula pada jam 10 pagi.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin Ishak berkata, ia adalah satu usaha untuk memastikan matlamat e-Cencus di semua peringkat berjalan lancar.

“Saya meminta semua kakitangan, anggota perkhidmatan awam sama ada negeri, persekutuan, anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat sama-sama menyertai e-Cencus yang akan dilaksanakan.

“Saya juga ingin masyarakat ambil maklum pada tarikh berkenaan mungkin terdapat sedikit gangguan perkhidmatan di pejabat kerajaan terutamanya PBT dan pejabat negeri kerana pada waktu itu semua pegawai dan kakitangan akan berada di tempat masing-masing bersama-sama Menteri Besar Pahang menunaikan e-Cencus,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Radio RTM, PAHANGfm, hari ini.

Dalam pada itu, Dato ‘ Sri Dr Salehuddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya Banci Negeri Pahang berkata, pelaksanaan dibuat secara serentak kerana mahu kurangkan gangguan terhadap perkhidmatan di mana gangguan dianggarkan berlaku kira-kira hanya 10 hingga 11 pagi sahaja.

“Walaubagaimanapun perkhidmatan di kaunter, lapangan dan kecemasan akan berjalan seperti biasa bagi mengelak orang awam mengalami kesulitan untuk berurusan,” katanya.

Katanya lagi, daripada banci berkenaan pihak kerajaan akan dapat merancang pembangunan kerana ia membantu membina pangkalan data penduduk di Malaysia.

“Dari situ kita dapat lihat profil penduduk, jumlah kemiskinan, pendapatan, pekerjaan, Orang Kurang Upaya (OKU), taraf pendidikan dan sebagainya.

“Jika berjaya banci, kita dapat bantu rakyat secara keseluruhan kerana tanpa hasil yang tepat kerajaan sukar merancang pembangunan negara,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download