PAHANG KOMITED BASMI PENGEMIS DAN PENGUTIP DERMA TANPA PERMIT

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 2 JANUARI 2020: Kerajaan Pahang menerusi Skuad Gempur Pengemis dan Pengutip Derma Tanpa Permit komited membasmi kehadiran golongan terbabit di beberapa kawasan tumpuan orang ramai di daerah ini.

Skuad Gempur Pengemis dan Pengutip Derma Tanpa Premit ini akan melakukan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha melestarikan daerah Kuantan daripada aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Balai Kuantan, Inspektor Fazli Yaakub berkata, untuk tujuan itu, operasi bersepadu dilaksanakan membabitkan 80 pegawai dan anggota daripada tujuh agensi pagi ini.

“Tujuh agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Katanya, dalam operasi itu berjaya menahan 10 pengemis, gelandangan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di tiga lokasi utama iaitu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, pasar besar dan pasar karat.

“Berdasarkan beberapa risikan dan aduan yang diterima daripada orang ramai, kami percaya beberapa kes mengemis di daerah ini didalangi oleh sindiket,” katanya.

Dalam operasi itu juga, pihak JKM turut mengedarkan risalah dan maklumat Kempen Bijak Memberi Elak Tertipu kepada orang ramai bagi memastikan masyarakat mempunyai pengetahuan berkaitan sebelum menghulurkan sebarang bantuan kepada pengemis dan pengutip derma.

Beberapa tabung turut dirampas kerana gagal mempamerkan surat kebenaran kutipan derma yang sah.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: