Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Pahang, YB Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Amani Vanilla Temerloh.

PAHANG KEMBALI RANCAKKAN SEKTOR AGRO MAKANAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 11 JUN 2020: Pahang akan kembali merancakkan sektor agro makanan selepas negara kini berada dalam fasa pemulihan (COVID-19).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, langkah-langkahnya termasuk agensi-agensi di bawah pertanian termasuk Agrobank memperkasakan lagi pinjaman secara mikro serta geran kepada usahawan muda atau pun dipanggil agropreneur muda.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak (tengah) ketika melawat ke projek tanaman nanas MD2 Sungai Gau.

“Ia merupakan satu galakan untuk golongan muda melibatkan diri dalam sektor ini di mana apabila pihak kementerian pertanian bersedia menyediakan kemudahan pinjaman, kerajaan negeri pula akan sediakan tapak yang bersesuaian untuk aktiviti pertanian.

“Kemudian kita ada wakil kerajaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah (JKPT) di mana mesyuarat tersebut dapat kenal pasti kawasan tanah yang boleh dikeluarkan lesen pendudukan sementara agar boleh usaha dapat dijalankan segera. Jika berjaya, kita boleh diusahakan untuk proses pemilikan,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja ke projek tanaman nanas MD2 Sungai Gau dan Amani Vanilla Temerloh di sini hari ini.

Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin, Pengarah Pertanian Pahang, En. Mohd Nazri Abu Seman serta Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Pahang, En. Muhammad Fauzan Mohd.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi berharap agar usaha berterusan yang dilaksanakan dapat menjadikan Pahang sebagai antara hub pengeluar utama hasil pertanian seperti buah dan sayur-sayuran di negara ini.

“Bagi mencapai hasrat itu juga, saya telah meminta Pengarah Pertanian mengenalpasti tanah rizab pertanian yang terbiar atau diceroboh untuk aktiviti lain.

“Kali ini kita nak pastikan tanah-tanah rizab ini dimanfaat mengikut perancangan dan akan mempelawa usahawan-usahawan yang berminat untuk menjayakan projek penanaman hasil pertanian selaras dengan rangka pelan tindakan ekonomi negeri pasca COVID-19,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: