KUANTAN, 25 DISEMBER 2020: Pahang Go Sdn Bhd mewakili Kerajaan Negeri Pahang telah menjalinkan usahasama dengan MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertangungjawab pendaftaran domain .my di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Go Sdn Bhd, Encik Affandi Mohd Isa berkata, usahasama itu telah menawarkan 1,000 domain baru biz.my khusus buat usahawan Pahang.
Beliau berkata, usahawan hanya perlu mendaftar di prime.mynic.my dan gunakan kod “pahangbiz” untuk mendapat tawaran ini.
“Domain percuma itu juga diberikan sekali dengan sistem GO2 Standard yang dibangunkan MYNIC untuk membantu usahawan yang tiada laman web untuk memetakan link tertentu ke laman sosial media, sistem pesanan ringkas WhatsApp atau lokasi mereka,” katanya kepada Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.
Beliau juga mengharapkan usahawan Pahang mengambil kesempatan ini untuk mengorak langkah mendigitalkan perniagaan mereka demi menyahut cabaran norma baharu.-PAHANGMEDIA
3,215 total views, 39 views today