Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika meninjau makmal analisis pertanian yang pertama di negeri ini bernilai RM1.2 juta di Agro Resort Semuji di Gambang, hari ini.

PAHANG BINA MAKMAL ANALISIS PERTANIAN PERTAMA BERNILAI RM1.2 JUTA

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 01 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) membina sebuah makmal analisis pertanian yang pertama di negeri ini bernilai RM1.2 juta.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan makmal ini bertujuan meningkatkan produktiviti hasil tanaman sawit di negeri ini.

“Idea pembangunan makmal ini selari dengan peningkatan keluasan ladang kelapa sawit kumpulan PKPP secara keseluruhannya iaitu seluas 80,000 hektar atau kira-kira 40 peratus daripada keluasan daerah Maran iaitu seluas 199,559 hektar.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mendengar taklimat mengenai makmal analisis pertanian yang pertama di negeri ini bernilai RM1.2 juta di Agro Resort Semuji di Gambang, hari ini.

“Saya bangga dengan kewujudan makmal ini kerana ia mampu memberikan perkhidmatan analisis kepada syarikat perladangan sawit di Negeri Pahang khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Makmal Analisis LKPP Corporation Sdn Bhd di Agro Resort Semuji di Gambang, di sini, hari ini.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd. Rahim Muda; dan Pengerusi PKPP, YH. Dato’ Suhaimi Mohd Yunus.

Beliau berkata, fungsi utama makmal analisis ini adalah untuk memberi sokongan teknikal kepada pihak agronomis dan perladangan dalam pengurusan berkaitan baja.

“Makmal ini akan digunakan dalam pengurusan syor pembajaan secara bersepadu untuk meningkatkan produktiviti dan hasil tanaman yang tinggi terutamanya tanaman sawit.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mendengar taklimat mengenai makmal analisis pertanian yang pertama di negeri ini bernilai RM1.2 juta di Agro Resort Semuji di Gambang, hari ini.

“Pada peringkat permulaan, fokus perkhidmatan yang diberikan ialah analisis sampel daun, tanah dan baja dengan merujuk kepada kaedah Malaysia Standard daripada SIRIM Bhd.,” katanya.

Menurut beliau lagi, makmal yang telah mula beroperasi pada 1 November lepas boleh menjalankan analisis ke atas 5,000 sampel daun, tanah dan baja dalam tempoh setahun menggunakan peralatan dan petugas yang ada.

“Antara khidmat yang ditawarkan oleh makmal ini ialah syor pembajaan merangkumi analisis daun dan tanah untuk menentukan jenis dan kadar baja untuk tanaman sawit.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

“Selain itu ia juga digunakan bagi pemantauan kualiti baja merangkumi analisis sampel baja untuk memastikan tahap kualiti yang dibekalkan kepada pihak ladang adalah mengikut piawaian dan perkhidmatan umum termasuk analisis daun dan tanah menentukan tahap nutrien tanaman,” katanya.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan industri sawit terutamanya di negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download