Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin

PAHANG AKAN ADAKAN HARI MENDAKI PAHANG 23 JANUARI INI

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan mengadakan Hari Mendaki Pahang (PHD) pada 23 Januari ini sebagai langkah mempromosikan tempat menarik di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, hari mendaki ini akan dijadikan acara tahunan pelancongan selepas ini.

“Kita (Kerajaan Negeri) mahu promosikan aktiviti mendaki kerana kita di Pahang ada banyak tempat menarik. Pada peringkat permulaan, pada 23 Januari nanti, kita akan melakukan aktiviti pendakian secara serentak di bukit-bukit yang dipilih di semua daerah di negeri ini.

“Kita rancang akan buat siaran langsung melalui Facebook atau saluran yang akan dikenalpasti kelak,” katanya dalam satu sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Asia Brotherhood Centre dan Tourism Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memilih aktiviti mendaki ini sebagai satu cara mempromosikan pelancongan di negeri ini berdasarkan beberapa faktor.

“Pertama, aktiviti mendaki ini satu aktiviti lasak yang tidak mahal jika dibandingkan dengan aktiviti sukan lain seperti berbasikal. Pendaki hanya perlukan kasut yang bersesuaian dan pakaian mendaki yang lengkap.

“Kedua, kita memfokuskan orang dari luar Pahang, atau dari kawasan yang dipilih untuk mendaki itu untuk menginap di kawasan tersebut kerana kebiasaannya orang mula mendaki pada awal pagi.

“Jadi ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan di kawasan tersebut dan kawasan yang dilalui untuk sampai ke kawasan mendaki tersebut,” katanya.

Beliau juga turut berharap untuk menjadikan Negeri Pahang sebagai hub pendakian di negara ini selepas ini.

Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian berkaitan Pelancongan Domestik di Malaysia Fasa 2, sebanyak 30.4 peratus respondan memilih Pahang sebagai destinasi percutian mereka. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,060 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: