Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad (tiga dari kiri) bersama masyarakat Orang Asli pada Program Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli Pos Sinderut dan Pelancaran Program Kesedaran Covid-19 & Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang diadakan di Kampung Orang Asli Pos Sinderut, di Lipis, baru-baru ini.

ORANG ASLI DISERU AMAL NORMA BAHARU

Oleh: Fansurina Abdullah

KUALA LIPIS, 9 NOVEMBER 2020: Masyarakat Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Pos Sinderut diseru supaya mengamalkan norma baharu sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Katanya, semua masyarakat perlu mematuhi 3W iaitu kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan peka terhadap arahan yang dikeluarkan oleh KKM.

“Kita semua juga perlu mengelakkan 3S iaitu sembang pada jarak yang dekat, elakkan berada di tempat yang sempit dan tertutup dan tidak berada di kawasan yang sesak tanpa sebarang alasan,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad bersama masyarakat Orang Asli pada Program Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli Pos Sinderut dan Pelancaran Program Kesedaran Covid-19 & Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang diadakan di Kampung Orang Asli Pos Sinderut, di Lipis, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli Pos Sinderut dan Pelancaran Program Kesedaran Covid-19 & Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang diadakan di Kampung Orang Asli Pos Sinderut, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram, Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB. Tuan Ramli Dato’ Mohd Noor dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), YH. Profesor Dr. Juli Edo.

Pada majlis itu, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman meminta agar agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) supaya dapat meneliti dan membantu melengkapkan keperluan bagi kemudahan infrastruktur di Pos Sinderut. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: