Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Durian di daerah Raub.

OPS DURIAN: 110 WARGA ASING BERJAYA DIBERKAS

RAUB, 30 SEPTEMBER 2020: Seramai 110 warga asing berjaya diberkas dalam serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di 11 kebun durian dan kilang di sekitar daerah ini bermula 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, YH Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi yang dikenali Ops Durian itu mereka yang ditahan adalah 94 warga Indonesia, Myanmar (8), Bangladesh (4) dan Pakistan (4) yang kesemua mereka diberkas di kediaman pekerja, kilang, rumah kongsi dan juga rumah majikan.

Menurutnya, kesemua mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) iaitu tidak memiliki dokumen sah dan Seksyen 15(1) (c) iaitu tinggal lebih masa.

“Tahanan akan dibawa ke Depot Kemayan untuk ditahan reman bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pegawai Imigresen melihat warga asing yang ditahan dalam Ops Durian di daerah Raub.

Hadir sama dalam operasi itu ialah Pengarah Imigresen Pahang, Muhammad Hatta Kasim.

YH Dato’ Indera Khairul Zaidee juga berkata, operasi tersebut terpaksa dijalankan pada waktu tengah malam atau awal pagi bagi mengelak kehadiran mereka dikesan selan berdepan cabaran seperti anggota Imigresen terlibat dikejar anjing selain kawasan yang luas dan berbukit.

Warga asing yang ditahan dalam Ops Durian di daerah Raub.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya masih memburu beberapa individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan cap imigresen didalangi warga Indonesia sejak dua tahun lepas yang dikenali sebagai ‘Sindiket Anton’.

Pada 15 September lalu media melaporkan sindiket berkenaan tumpas susulan dua premis berkaitan kegiatan itu di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu dan dalang utama sindiket itu dikenali sebagai ‘Anton’ berusia 38 tahun dan isterinya, 32, juga warga Indonesia ditahan pada 14 September.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 72 total views

Please follow and like us:
error
error: