Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika membuat tinjauan ke kedai-kedai makan dan menemui sendiri untuk mendapatkan pandangan terus daripada mereka mengenai aspek masa operasi .

OPERASI PREMIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN DILANJUTKAN SEHINGGA 12 TENGAH MALAM

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 12 JUN 2020: Operasi semua premis dan aktiviti perniagaan di negeri ini dilanjutkan lagi bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam kecuali sektor yang dibenarkan mengikut kelulusan lesen perniagaan asal seperti stesen minyak, kilang dan klinik.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun semakan terhadap keputusan ini akan dibuat dari semasa ke semasa berpandukan ancaman pandemik COVID-19 di negeri ini termasuk aspek kepatuhan rakyat terhadap SOP yang ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika membuat tinjauan ke kedai-kedai makan dan menemui sendiri untuk mendapatkan pandangan terus daripada mereka mengenai aspek masa operasi .

“Saya juga harapkan kita sama-sama tetap memberi tumpuan dalam menjayakan langkah-langkah membendung wabak pendemik ini yang masih menggugat kesihatan awam sedunia, negara dan negeri ini.

“Saya juga berharap mereka yang berada di kedai-kedai makan hingga jam 12 tengah malam supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau turut membuat tinjauan ke kedai-kedai makan dan menemui sendiri orant ramai untuk mendapatkan pandangan terus daripada mereka mengenai aspek masa operasi .

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: