Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

OPERASI MENGAMBIL ALIH KAWASAN TANAMAN HARAM DI RAUB DILAKSANA PENUH BERTIMBANG RASA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 24 OGOS 2020: Operasi mengambil alih semua kawasan tanaman haram termasuk pencerobohan hutan simpan di Raub dibuat dengan penuh bertimbang rasa oleh pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, operasi berkenaan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita cuba ambil pendekatan berhemah namun kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.. Kita ada undang-undang, kalau hendak teroka tanah boleh buat permohonan dengan kerajaan bukan dengan melakukan pencerobohan di tanah-tanah milik kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Bilut, YB. Encik Lee Chin Chen (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

YB. Encik Lee ingin tahu sama ada perbincangan dilakukan dengan penanam Musang King di Raub berhubung operasi pemutihan itu.

YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi berkata, pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu oleh pihak berkuasa.

“Tindakan itu telah menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan mewujudkan suasana tidak sihat seperti mengalakkan orang lain untuk ceroboh dan teroka tanah kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua Ahli Dewan Negeri (ADN) termasuk pembangkang untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri membanteras isu pencerobohan tanah haram dengan memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: