Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin turut berkesempatan merasai sendiri keenakan Yee Sang yang merupakan hidangan wajib bagi upacara ‘makan besar’ pada malam sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

NIKMATI LEBIH 50 MENU MAKANAN CINA HALAL DI HOTEL GRAND DARUL MAKMUR

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 10 FEBRUARI 2021 : Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini, orang ramai khususnya kaum Cina dan mereka yang beragama Islam kini dapat menikmati pelbagai hidangan makanan Cina yang popular di Hotel Grand Darul Makmur.

Orang ramai boleh membuat tempahan pelbagai hidangan menu perayaan tersebut seperti yee sang, Chinese Mini Dome Set dan beraneka pilihan dimsum di mana perkhidmatan penghantaran turut disediakan oleh pihak Hotel Grand Darul Makmur.

Tempahan sudah boleh dibuat sehingga 26 Februari dengan harga runtuh bagi membolehkan kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina dapat dirasai bersama.

Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi laman facebook Hotel Grand Darul Makmur dan menggunakan aplikasi Whatsapp 011-10361067 atau terus menghubungi Jade Terrace Restaurant di talian 09-5118888 (sambungan 8538).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin turut berkesempatan merasai sendiri keenakan Yee Sang yang merupakan hidangan wajib bagi upacara ‘makan besar’ pada malam sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketika ditemui YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah mengeluarkan garis panduan bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina itu bagi memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat dikawal meskipun ketika menyambut perayaan tersebut.

Katanya, bagi sambutan perayaan kali ini, hanya seramai 15 ahli keluarga sahaja dibenar meraikan sambutan tersebut pada satu-satu masa.

“Saya faham perayaan Tahun Baharu Cina ini merupakan perkumpulan ahli keluarga yang sangat besar dan terdiri daripada lebih 15 orang, namun jika kita hendak meraikan sambutan perayaan yang lebih menggembirakan dan meriah pada tahun hadapan, kita perlu patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Saya yakin semua ini hanyalah sementara, jadi saya meminta agar semua kaum Cina dapat bersabar dalam mengamalkan norma baharu pada sambutan Tahun Baharu Cina pada Jumaat ini demi menjaga ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holdings Sdn Bhd, Encik Mustaqim Zain. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download