Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holding Sdn Bhd, Encik Mustaqim Zain (kiri) menunjukkan set makanan hotel yang ditawarkan Hotel Grand Darul Makmur.

NIKMATI HIDANGAN HOTEL DI RUMAH SEPANJANG PKP

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 27 JANUARI 2021: Orang ramai khususnya penduduk di daerah Kuantan kini berpeluang menikmati hidangan hotel di rumah mahu pun di pejabat masing-masing sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holdings Sdn Bhd, Encik Mustaqim Zain berkata, orang ramai khususnya pelanggan setia Hotel Grand Darul Makmur kini berpeluang menikmati hidangan utama yang terkenal di hotel tersebut meski pun PKP sedang dilaksanakan.

Program Jom Tapau di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.

“Kita memperkenalkan ‘Program Jom Tapau’ di mana orang ramai boleh mendapatkan makanan kegemaran mereka seperti dimsum, set nasi talam dan pelbagai kek menerusi gerai yang disediakan di ‘sidewalk’ hotel.

“Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan menerusi dalam talian atau pun menggunakan aplikasi Whatsapp secara terus kepada pihak hotel dan kesemua tempahan akan dihantar secara percuma ke lokasi anda yang berjarak 10 kilometer dari lokasi hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) pada hari pertama perlaksanaan Program Jom Tapau di Hotel Grand Darul Makmur, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak hotel melaksanakan program tersebut sebagai mematuhi arahan kerajaan ketika perlaksanaan PKP di mana kesemua premis yang menyediakan perkhidmatan makanan tidak dibenarkan menerima pelanggan kecuali untuk pembungkusan sahaja.

“Idea kreatif ini juga merupakan usaha bagi mengurangkan risiko terdedah kepada penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini. Bagi memudahkan orang ramai, Jom Tapau beroperasi pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 7 malam,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Holding Sdn Bhd, Encik Mustaqim Zain.

Menurut Encik Mustaqim lagi, banyak idea dan perancangan kreatif yang bakal diperkenalkan bergantung kepada arahan semasa kerajaan serta penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan sepanjang tempoh PKP ini.

Jom Tapau menyediakan pelbagai menu dengan harga berpatutan seperti set dimsum RM39.80, set talam (2-3 orang) RM30 dan beraneka kek, nasi lemak ayam berempah RM10 dan kek cawan dengan harga RM10 bagi 3 biji kek cawan.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang tempahan atau pun menggunakan perkhidmatan penghantaran percuma boleh terus membuat tempahan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 012-6134991. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download