Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin pada Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Colmar Tropicale, di sini, malam tadi. Turut hadir Pegawai Daerah Bentong, YH Dato' Mohd Zulkifli Hashim dan Pengarah JKM Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

NGO PERLU BERDAFTAR DENGAN MAKPEN  

Oleh : Fansurina Abdullah
 
BUKIT TINGGI, 22 NOVEMBER 2020 : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang diseru mendaftar dengan Majlis Kebajikan Masyarakat Pahang (MAKPEN) bagi memperkukuh dan memperkemas pengurusan NGO di negeri ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, MAKPEN ditubuhkan di bawah kerajaan negeri berperanan untuk menyelaras dan merunding program-program NGO supaya lebih tersusun dan kemas.
 
“MAKPEN akan dijadikan platform untuk memantapkan dan memperkemaskan lagi NGO kebajikan dan program pembangunan kesukarelawanan di negeri Pahang ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Colmar Tropicale, di sini, malam tadi.
 
Katanya, MAKPEN juga bertujuan mengadakan hubungan baik antara semua NGO kebajikan yang berdaftar di negeri Pahang dengan perkhidmatan kebajikan masyarakat negeri ini.
 
“Ia juga membantu usaha memula dan memajukan program kebajikan peringkat Negeri Pahang dengan memenuhi keperluan kebajikan dalam pembangunan penduduk negeri Pahang yang terbiar melalui NGO berkaitan,” katanya.
 
Beliau turut mengingatkan semua NGO bahawa halatuju adalah untuk memperkemas dan memperkukuhkan gabungan dan kolaborasi NGO kebajikan di bawah MAKPEN ini.
 
NGO yang berdaftar juga akan dilengkapi dengan ilmu asas kerja kesukarelawan kemahiran teras dalam kalangan NGO kebajikan dan sukarelawan selain memupuk budaya profesional organisasi, memanfaat ICT dalam kerja sukarelawan dan kebajikan serta pengkelasan bidang kebajikan mengikut bidang kemahiran. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 262 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: