Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, pagi tadi.

NELAYAN PUTIH MATA LIHAT RUMAH HANGUS

Oleh: Fairus Mohd

PEKAN, 31 MAC 2020: Seorang nelayan hanya mampu berputih mata melihat rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Pasir Panjang kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Mohamad bin Awang, 47, bagaimanapun bersyukur kerana tiada sesiapa di rumah ketika kejadian ekoran isteri serta anaknya berada di rumah mertuanya di Kuantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (KP) berkuatkuasa.

“Saya keluar dari rumah pada pukul 7.30 pagi ke Kuala Pahang untuk mengisi minyak (diesel) bot dan air batu (untuk simpan ikan). Masa sampai ke jeti Pasir Panjang dalam pukul 10.25 pagi, saya dapat call dari kakak bagitahu rumah saya terbakar.

“Seingat saya tiada peralatan elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan buka (on) dan jiran ada bagitahu nampak api mula di ruang rehat rumah saya,” katanya ketika ditemui UKOMP di sini.

Keadaan rumah mangsa kebakaran di Kampung Pasir Panjang, Pekan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Afendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 10.25 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan orang pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan rumah jenis kelas c iaitu rumah kayu (papan) berkeluasan 40×60 kaki yang seratus peratus musnah terbakar.Tiada sebarang kecederaan atau kematian berlaku kerana tiada penghuni ketika kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 11 minit untuk mengawal api dan operasi berakhir sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: