Barisan pendakwah yang menerima tajaan Umrah daripada MUIP.

MUIP TAJA ENAM PENDAKWAH TUNAIKAN UMRAH

PEKAN, 3 MAC 2020: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menaja enam pendakwah dari kalangan Orang Asli yang bergiat aktif dalam melaksanakan kerja dakwah untuk menunaikan ibadah Umrah.

MUIP dalam kenyataan di Facebook berkata, program tajaan umrah ini merupakan tahun kesepuluh dan mula dilaksanakan sejak tahun 2010.

“Pada kali ini, MUIP telah menaja seramai enam orang peserta yang terdiri daripada pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Penggerak Masyarakat Orang Asli dengan peruntukan sebanyak RM44,710.

“Sebelum ini juga, MUIP menaja pendakwah dari kalangan orang Melayu yang turut sama menyumbang khidmat mereka dalam setiap program dakwah di negeri ini,” katanya.

YH. Dato’ Ahmad Hairi Haji Hussain (dua dari kanan) menyampaikan tajaan Umrah kepada seorang pendakwah.

Majlis penyerahan sumbangan kepada peserta tajaan Umrah MUIP bagi tahun 2020 telah diadakan di Dewan Syarahan Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, semalam.

Majlis penyerahan sumbangan disempurakan oleh Setiausaha MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi Haji Hussain dalam satu majlis perhimpunan bulanan warga MUIP sambil disaksikan kakitangan MUIP.

Kenyataan itu berkata, tujuan program tajaan ini dianjurkan adalah sebagai satu penganugerahan kepada mereka yang giat berdakwah dan memberi semangat kepada peserta agar meneruskan usaha dakwah mereka pada masa akan datang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error