Wakil MPPKUIPSAS bergambar bersama wakil dari Masjid Al-Makmur Kem Batu 10, Kuantan, selepas menyerahkan sumbangan minyak attar dan minyak wangi hasil sumbangan dana daripada warga KUIPSAS dan orang ramai.

MPPKUIPSAS ERAT HUBUNGAN SISWA DENGAN MASJID

KUANTAN, 14 MAC 2020: Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (MPPKUIPSAS), Kuantan, sangat komited melakukan kerja amal dalam usaha mengeratkan hubungan di antara mahasiswa dengan masjid.

Ini bertujuan membentuk sahsiah pelajar berlandaskan agama selain memupuk rasa tanggungjawab terhadap kebajikan masjid dengan penyaluran pelbagai bentuk sumbangan.

Presiden MPPKUIPSAS, Wan Syafiq Asyraf Wan Halimi berkata, MPPKUIPSAS sangat komited menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan masjid-masjid sekitar.

“MPPKUIPSAS dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC) Paya Besar telah mengadakan projek Sumbangan Dana Wakaf Attar bersama 15 masjid di sekitar Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Tambahnya, perlaksanaan projek ini dijayakan menerusi kutipan dana daripada warga KUIPSAS dan juga orang ramai bagi membuka peluang sedekah kepada masyarakat.

Hasil kutipan itu kemudiannya digunakan untuk membeli minyak attar dan minyak wangi supaya dapat diagihkan kepada semua masjid terlibat.

“Alhamdulilah, hasil usaha pelbagai pihak, kami berjaya mengagihkan 300 botol minyak attar dan minyak wangi di 15 masjid terpilih di sekitar Kuantan,” katanya.

Wan Syafiq Asyraf berkata, MPPKUIPSAS sengaja membuka peluang sedekah kepada orang ramai bagi membuka peluang sedekah dan amal jariah kepada penduduk sekitar Kuantan.

“Semoga peluang bersedekah ini akan melahirkan rasa tanggungjawab dan prihatin kepada pemberi sedekah dan beroleh pahala serta redha Allah di dunia dan akhirat,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error