Program 1 Warga 1 Ikan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan-Pertandingan Sempena Kuantan Bandaraya Lestari di sempurnakan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, YH. Dato' Hamdan Hussin di Mini Zoo Teruntum, Kuantan hari ini.

MPK SEDIA HADAPI MUSIM TENGKUJUH

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 23 NOVEMBER 2020 : Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bersedia dengan beberapa langkah awal bagi menghadapi musim tengkujuh di daerah ini berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini sehingga Mac tahun hadapan.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, pihaknya telah melakukan kerja-kerja memangkas pokok yang dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada orang ramai di hampir seluruh daerah ini.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin

“Kita (MPK) dari awal lagi dengan bantuan Kerjasama Bantuan Induk Banjir Peringkat Daerah telah bersedia menghadapi musim banjir ini.

“Kita memang telah diberi tugas khusus terutamanya daripada segi menyelenggara taman-taman di bawah seliaan kita melibatkan pokok-pokok dan longkang,” katanya.

Beliau berkata, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bawah seliaan pihak MPK juga telah bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

“Kami sentiasa bersiap siaga sekiranya perkara tersebut (banjir) berlaku di daerah ini dan sekiranya PPS tersebut terpaksa beroperasi,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas Program Satu Warga Satu Ikan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Kuantan Sebagai Bandaraya Lestari di Zoo Mini Teruntum, di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 100 ekor ikan koi dilepaskan hari ini di kolam mini zoo berkenaan menjadikan keseluruhan ikan yang dilepaskan adalah sebanyak 150 ekor termasuk 50 ekor ikan jenis kerai, lampam, dan patin yang dilepaskan sebelum ini dengan kerjasama Jabatan Perikanan Pahang.

Menurut beliau, pihaknya juga bercadang untuk menambah jumlah haiwan seperti burung dan arnab di zoo berkenaan dalam masa yang terdekat.

“Kita juga ada kawasan-kawasan yang dilukis dengan lukisan mural yang boleh dijadikan tempat bergambar para pengunjung, selain kita dalam proses pembinaan enam unit tandas pintar yang bertujuan mendidik masyarakat kepentingan amalan hijau,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 407 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download