Yang Dipertua MPK, YH. Dato’ Hamdan Hussin.

MPK PERUNTUK RM10.5 JUTA BAIK PULIH KAWASAN PELANCONGAN

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 22 OKTOBER 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperuntukkan sebanyak RM10.5 juta bagi membaik pulih kawasan-kawasan pelancongan di sekitar daerah Kuantan.

Yang Dipertua MPK, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, sebagai agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dan prihatinn terhadap inisiatif mempromosikan sektor pelancongan di daerah Kuantan, pihaknya sangat mementingkan usaha menaik taraf beberapa lokasi tumpuan pengunjung.

Katanya, peruntukan yang telah diluluskan melibatkan sebanyak RM3 juta untuk Pantai Kempadang, RM2.5 juta diperuntukkan untuk Kuantan Rivermouth Tanjung Api Esplanade, RM2 juta pula bagi kerja menaiktaraf kedai makan Benteng manakala RM3 juta lagi diluluskan untuk landskap di sekitar bandar Kuantan.

“Selain usaha menaiktaraf beberapa lokasi tumpuan di daerah Kuantan, MPK juga secara berterusan berusaha untuk mengenalpasti produk-produk baharu seperti Pulau Ular dan Sunrisehill,” beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Hi-Tea bersama Jurufoto, Blogger dan Media di Kompleks Ibu Pejabat MPK, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YH. Dato’ Haji Idros Yahya dan Pengurus Besar Tourism Pahang, YH. Dato’ Ishak Mokhtar.

Dato’ Hamdan berkata, MPK juga berusaha membina tarikan baharu bagi sektor pelancongan di daerah Kuantan seperti canopy walk, rivercruise dan Hop-on Hop-off Bus yang menyediakan kemudahan kepada pelancong dan pengunjung untuk melawat dan menerokai keindahan hutan paya bakau di samping menikmati keindahan di sekitar bandar Kuantan.

Beliau berharap semua pihak dapat bersama-sama membantu memberikan sokongan dalam usaha memajukan industri pelancongan di Kuantan sebagai destinasi pelancongan survival untuk menggalakkan pelancongan domestik untuk menyokong sosio-ekonomi setempat meskipun ketika berdepan pandemik COVID-19. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: