Penguatkuasa MPK sedang menjalankan pemantauan premis yang gagal mengantung Jalur Gemilang di Kuantan.

MPK MULA KOMPAUN PREMIS TIDAK GANTUNG JALUR GEMILANG

KUANTAN, 21 OGOS 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula menjalankan penguatkuasaan dengan mengenakan kompaun kepada pemilik premis yang tidak menggantungkan Jalur Gemilang di premis perniagaan mereka.

Pegawai Perhubungan Awam (MPK), Puan Norkamawati Kamal berkata, walaupun arahan berkenaan sudah diberikan lebih tiga minggu lalu namun masih ada pemilik premis yang gagal berbuat demikian.

“Kita dapati sebilangan besar premis-premis masih gagal mematuhi syarat lesen sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan di hadapan premis perniagaan bukan di bahagian tepi atau belakang.

“MPK sudah menyerahkan notis serahan tangan bermula 27 Julai 2020 bagi arahan pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error