Kakitangan MPK melaksanakan Operasi Sitaan di sekitar Kuantan.

MPK LAKSANA OPERASI SITAAN, KESAN PREMIS CULAS BAYAR CUKAI

KUANTAN, 26 FEBRUARI 2020: Majlis Perbadaran Kuantan (MPK) melaksanakan Operasi Sitaan ke atas premis di daerah ini yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran bermula Khamis lalu hingga esok.

MPK dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini sebanyak 50 premis sudah dikunjungi membabitkan kawasan Bandar Indera Mahkota, Alor Akar, Kubang Buaya, Perumahan Medan Tok Sira dan Semambu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 17 pemilik premis telah menjelaskan tunggakan, sebuah premis telah disita barangan berupa set sofa, komputer dan television manakala 32 premis tidak dapat diakses kerana tiada penghuni. Jadi kita telah gantung notis operasi ulangan dalam tempoh tujuh hari.

“Operasi ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 148 Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pemilik premis bertanggungjawab membayar cukai taksiran untuk pegangan dua kali setahun iaitu sebelum 28 Februari dan sebelum 31 Ogos tiap tahun,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pemilik premis dinasihatkan untuk tidak culas dalam menjelaskan cukai taksiran kerana kerana hasil kutipan itu akan dipulangkan semula kepada pembayar melalui pelbagai perkhidmatan.

“Ia seperti kutipan sampah domestik dan pembersihan awam, penyelenggaraan infrastruktur jalan, lampu jalan dan longkang. Justeru pembayaran segera cukai taksiran ini akan dapat mengelakkan tindakan seumpama ini diambil kepada pemilik premis,” kata kenyataan itu hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: