KUANTAN, 4 MAC 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan mengunci tayar kenderaan yang diletakkan sepanjang Jalan Kuantan-Tanjung Lumpur-Kempadang bermula Jumaat ini.
MPK dalam satu kenyataan di Facebook berkata, notis peringatan telah diletakkan di kenderaan yang diletakkan sepanjang jalan berkenaan manakala pemilik premis perniagaan dikawasan tersebut telah diberi penerangan supaya memaklumkan kepada pelanggan.
“Justeru mulai Jumaat ini, MPK akan memulakan tindakan operasi penguatkuasaan mengunci tayar bagi kenderaan yang diletakkan sepanjang jalan berikutan masalah keselamatan dan kesesakan lalulintas yang semakin meruncing.
“Pemilik kenderaan dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi mengelakkan tindakan di ambil ke atas mereka,” kata kenyataan itu hari ini. – PAHANGMEDIA