Majlis Perbandaran Kuantan.

MPK KELUAR 57 KOMPAUN KEPADA 41 PREMIS

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 3 NOVEMBER 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengeluarkan 57 kompaun ke atas 41 premis selepas menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selama empat hari bermula 28 hingga 31 Oktober lalu.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat, Puan Norkamawati Kamal berkata, kesemua kompaun tersebut dikeluarkan kepada 41 premis daripada 69 premis keseluruhan yang telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

Beliau berkata, 41 premis itu didapati tidak mematuhi SOP sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kesemua premis didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan selain turut melakukan kesalahan lain dan mereka telah dikenakan kompaun berjumlah RM500 bagi setiap kompaun.

“Kesemua 41 telah dikenakan dikompaun di bawah Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Puan Norkamawati berkata, kesemua operasi telah dijalankan di beberapa lokasi termasuklah kawasan tumpuan pelancong di Teluk Cempedak, Jalan Teluk Sisek, sekitar bandar Kuantan, pasaraya-pasaraya, Jalan Putra Square, Air Putih dan Jalan Besar.

Katanya, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan oleh MPK sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan melibatkan daerah Kuantan bagi memastikan semua premis di bawah tanggungjawab MPK patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

MPK berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam mematuhi SOP bagi mengelakkan dari sebarang tindakan penguatkuasaan diambil demi menjaga kepentingan bersama. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: